Followers

Thursday, 13 December 2012

Doa Rawatan Demam Panas


Demam pada anak-anak amat merungsingkan ibu bapa. Samalah seperti saya.
Berikut saya kongsikan antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk rawatan demam.




"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung padanya, Tuhan yang Maha Mulia, dari kejahatan setiap sesuatu dorongan dan hati, dan kejahatan yang datang dari kepanasan api."

dan juga letakkan tangan ke tempat sakit dan  baca Bismillah 3 kali, serta baca doa di bawah



"Aku berlindung diri dengan kebesaran Allah dan kekuasaaNya daripada kejahatan yang aku rasakan dan aku takut"

Sumber: http://mukjizatdoa.blogspot.com/2012/03/doa-rawatan-demam-panas-2.html

lain-lain:

(Al-Anbiyaa' 21:69) 
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Baca ayat ini jika suhu badan meningkat tanpa merasai sejuk.

Dipetik dari buku: DOA & PENAWAR TERPILIH: Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz

Sumber: http://khasiatquran2u.blogspot.com



Merawat anak demam

APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Sumber : Utusan


Bolehkah mandikan anak yang demam, selsema dan batuk?

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.

* Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

* Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak ada selsema.

* Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak

* Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

* Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.



kredit info dan gambar : http://darlingninie.blogspot.com/2012/04/anak-demam-rawatannya.html

Tuesday, 4 December 2012

Apakah Healing Crisis?

Healing crisis atau dalam bahasa melayu Krisis Penyembuhan adalah satu proses badan untuk membaiki atau membuang toksin dalam badan selepas kita mengambil makanan tambahan seperti Shaklee.

Untuk info lanjut, jom baca sharing dari MommyLyna tentang tajuk ni...
credit to : yana

Di samping mereka yang merasai perubahan selepas mengambil supplement natural Shaklee ini, ada juga yang merasakan tiada kesan terhadap diri mereka. Apakah benar bahawa supplement tersebut tidak sesuai dengan tubuh mereka?Tubuh kita terbina dari pelbagai bahan termasuk vitamin dan mineral. Biasanya kita mendapat bekalan vitamin dan mineral dari pemakanan dan persekitaran, misalnya vitamin C dari buah dan vitamin D dari cahaya matahari. Namun disebabkan beberapa faktor, kebanyakan vitamin dari sumber tersebut tidak dapat membekalkan keperluan tubuh kita yang secukupnya. Oleh itu kita perlu vitamin.


Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee

2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.

Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus.

Ada pelbagai jenis healing crisis yang akan dirasai oleh setiap orang. Seperti diri saya sendiri, masa awal-awal pengambil vitamin basic Shaklee iaitu Vitamin B-kompleks, Vitamin C, Vitalea dan alfalfa, saya mengalami batuk berkahak lebeih kurang 2 bulan. Selepas itu, semuanya hilang.Saya sangat gembira kerana semua toksin dan bahan-bahan berbahaya yang tersimpan dalam badan telah dikeluarkan. Alhamdulillah..

Monday, 3 December 2012

Buah Hati Pengarang Jantung


Untuk kali ke-2... ;)

Moga perjalanan ku bersama buah hati yg ke-2 ni selamat sentiasa. Ni first time preggy + kerja.
Harap-harap takde ape-ape masalah. Moga Allah sentiasa permudahkan urusanku.

HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”
Hadith Riwayat Muslim

Moga kami dibekalkan dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Aamiin...

My first son.

Mama@Ibu@Mami@Ummi@Mak

Sunday, 25 November 2012

Kuih Tradisional Johor Lama


Ade sesape pernah tgk kuih ni? Haa..ni la kuih tradisional Johor Lama.
Kebetulan last 2 weeks pegi jalan-jalan area johor lama. Bwk nawfal jalan-jalan. Pegi taman buaya ngan Muzium Johor Lama. Best jgk, dekat je dari kota tinggi. Sebenarnya hari sabtu tu asben nk bawak pegi tengok Pertandingan Memancing dekat Tanjung Sedili. Bila dh sampai tempat tu, rupenya pertandingan nye hari ahad. So tak dapekla nengok ape-ape kat situ. hehe. Die org baru siap-siap nak naikkan khemah dan susun-susun barang. Ade expo jugak. Ofismate yg pegi kate barang-barang jualan kat situ murah-murah jugak.

So dari Tanjung Sedili asben terus drive ke Penawar, pegi pantai pulak. Tengok jela. Tak mandi pn. Sekarang kan musim hujan, bendera merah tu dah naik sepanjang pantai. Tapi still ramai orang yang mandi. Alahai...ape-ape jadi tangungjawab sendiri la ye. Peringatan dah diberi, tapi nak langgar jugak.

Cerita pasal kuih ni, siap akak yang buat kuih ni tanye. Taknak tau ke asal-usul kuih ni. hehee..
Akak ni ckp, kuih ni dulu buat mase tu takde penerap... Zaman dulu-dulu la katakan. Mane la ade loyang ke, tempat adun kuih ke, bekas kecik-kecik nk isi kuih ni ke, penerap ke.. seme manual kan. Pakai tangan je. Asasnya adalah, tepung, santan, gula, dan garam. Memang takde inti ape-ape ye. Kosong. Memang sedap celup ngan air milo, teh atau kopi. Kalau datang Johor Lama jgn lupa try kuih ni tau... Susah nk jumpa ni.

Thursday, 1 November 2012

ALFALFA COMPLEX

Sempena promosi bulan November ni, saya nk tunjuk rupa sebenar pokok Alfalfa. Sebab ramai jugak yang tertanya-tanya kan. Macam mana rupa Alfalfa ni. Sama macam spirulina ke? Tidak sama sekali. Spiruna adalah algae, Alfalfa pula sejenis tumbuhan herba.

Banyak sangat manfaat Alfalfa ni. Rugi sangat-sangat kalau kita tak mengambil peluang yang ada ni untuk mencuba. Tapi, harus diingat, Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Jom tengok rupa pokok Alfalfa.


Apa yang menarik mengenai kelebihan Alfalfa ni? Dapat membantu memperbaiki kesihatan ramai pesakit.





Nak tahu harga PROMOSI bulan NOVEMBER 2012? Sila pm saya di fb : Hanim Mansor atau sms : 017-9220950 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 17 October 2012

Keperluan khasiat dalam pemakanan anak-anak anda

PROTEIN membantu membina, mengganti dan mengekalkan tisu dalam badan anak anda . Anak-anak yang lebih aktif memerlukan lebih banyak protein untuk membantu membaiki oto-otot mereka.
SUMBER : Daging, telur, makanan laut, dada ayam dan kacang soya.

KALSIUM adalah penting dalam perkembangan anak-anak untuk memperkukuhkan tulang mereka dan membantu mereka kekal aktif.
SUMBER : Susu, yogurt, keju dan i
kan salmon.

IRON - makanan yang kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan mereka.
SUMBER : Daging, hati, bayam, kacang, buah-buahan kering dan bijirin.

BIJIRIN penuh karbohidrat mengandungi serat, folat dan vitamin b yang memberi anak-anak tenaga tambahan.
SUMBER : Oat, wholegrain cereals dan roti.

Tuesday, 9 October 2012

APE ITU KOLAGEN?

Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Dia adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan 
  • KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
 
 
Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Kolagen & http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html

Thursday, 27 September 2012

KEBAIKAN DALAM VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN

Jom tengok ape kebaikan vitamin c pada tubuh badan kita.

-          Sumber kolagen

-     Imun (kekebalan) - melindungi badan anda daripada jangkitan dan mengekalkan tulang yang sihat dan  gigi, serta mempercepatkan keupayaan badan untuk membaiki luka.

Kedinginan, keradangan & hidung tersumbat 

Bersama-sama dengan fungsi imun yang melawan bakteria, virus, dan jangkitan, vitamin C juga berfungsi sebagai antihistamin yang berkesan yang akan mengurangkan kesan yang tidak menyenangkan selsema, termasuk keradangan, hidung tersumbat dan sakit.

Antioksidan 

Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan berkesan yang melindungi badan kita daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif yang berlebihan, atau "selular karat," boleh membawa kepada pelbagai keadaan yang teruk perubatan, seperti aterosklerosis yang boleh menyebabkan kedua-dua penyakit jantung dan strok, dan dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser, termasuk paru-paru, mulut, tekak kolon,  perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu untuk menjana semula bekalan vitamin E anda (satu lagi antioksidan berguna).

Hipertensi 

Vitamin C telah ditunjukkan kepada tekanan darah yang lebih rendah, dan oleh itu mengurangkan kebarangkalian hipertensi, serta masalah kesihatan yang serius yang mengikuti, seperti penyakit kardiovaskular.

Menurunkan tekanan darah

Bersama-sama dengan merendahkan tekanan darah anda, vitamin C memastikan pengembangan betul saluran darah, yang boleh mencegah penyakit seperti aterosklerosis, kolesterol tinggi, kegagalan jantung kongestif, dan angina pektoris (bekalan darah yang tidak mencukupi ke jantung yang menyebabkan sakit dada yang teruk).
Vitamin C secara mendadak merendahkan paras plumbum dalam darah anda. Ini adalah penting terutamanya bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar, kerana kajian telah menunjukkan bahawa keracunan plumbum boleh membawa kepada masalah tingkah laku dan perkembangan, seperti pembelajaran dan menurunkan IQ. Dewasa, lebih-lebih lagi, boleh mengalami kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Melawan Katarak

Dengan meningkatkan pengaliran darah ke mata - Kanta mata manusia memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan betul, dan kekurangan boleh membawa kepada katarak (satu keadaan di mana kanta menjadi semakin kabur, menyebabkan penglihatan kabur). Pengambilan vitamin C yang tinggi telah ditunjukkan untuk melawan katarak dengan meningkatkan jumlah aliran darah ke mata.

Buah Oren sumber vitamin C
 
"Menurut Dr. Bill Sears, pakar psikologi dan profesor di University of California, beliau menyatakan pengambilan buah oren setiap hari, dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
Ini kerana buah oren mempunyai vitamin C. Vitamin C dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi dalam badan. Selain itu, ia juga dapat memberhentikan virus-virus penyakit dan jangkitan, daripada memasuki tubuh badan kita.

Tambah Dr. Bill, buah oren juga merupakan makanan yang berkhasiat, dan antara makanan yang terbaik untuk mempercepatkan produksi antibodi selain daripada daging turki, dan salmon."

Agar Rambut Tumbuh Lebih Cepat


Ada beberapa alasan mengapa seseorang ingin rambutnya tumbuh lebih cepat: potongan rambut yang gagal, ingin cepat berganti model, rambut kering dan rusak, dll. Apakah ada cara agar rambut dapat tumbuh lebih cepat?
Manusia memiliki sekitar 100.000 helai rambut di kepala dan laju pertumbuhan rata-ratanya sekitar 1,5 cm per bulan. Perlu sekitar 2 tahun sebelum rambut Anda menyentuh bahu. Vitamin dan mineral yang tepat memainkan peran penting agar pertumbuhan rambut Anda sehat. Setiap kekurangan gizi dapat menyebabkan rambut menipis, rusak atau bahkan rontok total. Bila Anda memiliki masalah rambut, tanyakan pada diri sendiri apakah Anda makan dengan teratur dan dengan gizi seimbang.
1. Protein
Jika Anda mengikuti diet rendah protein, rambut Anda dapat mengalami penipisan atau perlambatan dalam siklus pertumbuhannya. Agar rambut Anda tumbuh lebih cepat, Anda harus memastikan bahwa Anda makan cukup protein. Protein tersedia dalam daging, ikan, telur, susu, susu kedelai, keju, tempe dan tahu.
2. Beta karoten
Beta-karoten penting untuk pertumbuhan rambut. Beta-karoten dikonversi dalam tubuh menjadi vitamin A dan membantu menjaga perkembangan dan pertumbuhan tulang yang normal. Beta-karoten membuat kulit, rambut dan kuku menjadi sehat. Zat ini dapat ditemukan dalam sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah dan kuning.
3. Vitamin B
Untuk membuat rambut Anda tumbuh lebih cepat, direkomendasikan untuk menambah asupan vitamin B kompleks (terutama B-6,folat, biotin dan inositol). Vitamin B terdapat pada beras merah, hati, susu, telur, kentang, kacang-kacangan, jamur, alpukat, dan pisang.
4. Silika
Silika membuat rambut Anda kuat dan indah. Suplemen yang mengandung silika, zinc, magnesium dan mineral penting lainnya banyak dijual di toko makanan kesehatan. Anda juga bisa memilih untuk memperbanyak minum teh yang kaya akan silika.
5. Pijat kulit kepala
Pijat kulit kepala adalah salah satu metode terpopuler untuk merangsang dan mempercepat pertumbuhan rambut. Rambut tumbuh di kepala dimulai di papilla dan menerima makanan melalui pembuluh darah. Pemijatan kulit kepala dapat membantu meningkatkan sirkulasi darah. Pijatlah kulit kepala Anda di waktu-waktu luang, atau setidaknya sekali sehari.
6. Bawang putih dan bawang merah
Menggosok kulit kepala sebelum tidur dengan bawang putih atau bawang merah diyakini dapat merangsang pertumbuhan rambut. Karena menggosokkan bawang putih langsung ke kulit kepala tidak mudah, Anda dapat meremas beberapa siung bawang putih dan mencampurnya dengan minyak telon.
7. Lidah buaya
Gosokkan lidah buaya ke kulit kepala Anda dan diamkan sedikitnya satu jam. Lidah buaya penuh dengan vitamin, mineral dan protein, dan dapat merangsang pertumbuhan rambut secara alami.

Saturday, 22 September 2012

VITAMIN C - HOT ISSUE

Aslmkm kwn-kwn blogger semua. Hot betul sekarang ni isu vitamin c organik. alahai.. Ade jgk yg dh tertipu beli vitamin c organik ni. Pdhal sumber nye dr vitamin c keluaran shaklee yg 100% natural. Murah je vitamin C shaklee ni..


Ni saya kongsikan info tentang KEPERLUAN VITAMIN C DALAM TUBUH KITA daripada laman website NURAL www.nural.com


Sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia.

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlurkan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah).
Di dalam buku bertajuk “User’s Guide to Vitamin C” turut menyatakan kepentingan vitamin C kepada sistem kardiovaskular manusia. Selain itu, penulis buku tersebut Hyla Cass dan Jim English turut menyatakan bahawa vitamin C turut memberikan manfaat kepada hati. Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.

Tahukah anda
Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.

Sumber vitamin C
Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.
Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.

Kekurangan vitamin C
Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk pulih?
Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian. Jika di lihat pada pasaraya-pasaraya berdekatan turut menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan sama ada dalam bentuk pil mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum anda membuat kuputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda seharusnya mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu demi memastikan produk yang ingin anda ambil adalah bersesuaian dengan faktor kesihatan anak anda mahupun diri anda sendiri.
Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. User’s Guide to Vitamin C by Hyla Cass, and Jim English (2006)
3. FAO/WHO (2002). Vitamin C. In: Human Vitamin and Mineral Requirements. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. FAO, Rome; pp 73-86.

Monday, 27 August 2012

LECITHIN




Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom dapatkan lecithin anda hari ini. pm saya utk tawaran hebat!

Monday, 25 June 2012

Set menyusu dan berpantang shaklee

Bagaimana supplement SHAKLEE dapat membantu memulihkan badan ibu selepas melahirkan anak?
B-Complex :
Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

Vitamin C :
Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Multivitamin with Iron :
Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc Complex :
membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein dan Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix).
 Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Hanim Mansor
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 880140
EMail: warnym@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 017-9220950
www.vitaminhatiku.blogspot.com





BF set ada beberapa package mengikut keperluan ibu


SET B 
# Set B terdiri daripada VitaLea (iaitu multivitamin yang lengkap dengan zat besi) ; vitamin C ; B Complex dan ALFALFA.
# Set ini disyorkan buat ibu-ibu yang TIDAK MEMPUNYAI MASALAH PENYUSUAN
# Tujuan utama pengambilan set ini adalah bagi MEMPERKAYA NUTRISI dalam susu ibu.
# ALFALFA membantu mempercepatkan PENGHASILAN SUSU IBU
# Set ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah SEMBELIT dan KEPUTIHAN.
# Set ini juga membantu sekiranya bayi anda mempunyai masalah ECZEMA
# KURANG SESUAI bagi ibu-ibu yang baru bersalin/dalam pantang jika bayi mengalami JAUNDICE dan terdapat bayi yang SEDIKIT CIRIT-BIRIT dengan ALFALFA.

SET EU-FOUR PACK 
# Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C dan OSTEMATRIX
# Sesuai/ Disyorkan buat ibu-ibu yang mengalami KEMERUDUMAN SUSU KETIKA HAID
# Alternatif kepada Set B bagi yang ALAH DENGAN ALFALFA
# Juga sesuai untuk ibu-ibu yang TIDAK MINUM SUSU dan ALAH KEPADA LAKTOSA
# OSTEMATRIX merupakan formula lengkap KALSIUM dengan gabungan MAGNESIUM, VITAMIN dan lain-lain mineral
# Set ini membantu ibu-ibu kekal CERGAS BERTENAGA WALAUPUN KURANG TIDUR


SET E
# Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix (SET B + Ostematrix)
# Menambahbaik antara SET B dengan SET EU-FOUR PACK



SET BF PLUS
# Terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein (SET B + ESP)
# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN yang tidak mempunyai masalah dalam pengambilan kalsium harian.
# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang sering keletihan, yang risau dengan BERAT BADAN BERTAMBAH kerana ESP membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.



SET 3M (TRIPPLE M)
# Terdiri daripada SET B + Ostematrix + ESP (Energizing Soy Protein)
# Sangat disyorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN
# MASALAH PENYUSUAN yang dimaksudkan ialah dari segi PENGHASILAN SUSU (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.
# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai STOK YANG SEDIKIT/TIADA STOK LANGSUNG
# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu MULA SIMPAN STOK
# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu RELAKTASI/ INDUCE RELACTATION

Sunday, 17 June 2012

Asmaul Husna ke 17


ZIKIR YA WAHHAB... Asma' ke 17




1. Menjadi terkaya dan terkenal


Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.


1. Menjadi terkaya dan terkenal


Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.



2. Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3. Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4. Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.




Sumber : Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
Kredit      : born2touchurheart.blogspot.com
              ahmadzaki.wordpress.com