Followers

Sunday, 17 June 2012

Asmaul Husna ke 17


ZIKIR YA WAHHAB... Asma' ke 17




1. Menjadi terkaya dan terkenal


Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.


1. Menjadi terkaya dan terkenal


Bila membaca YA WAHHAB 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca YA WAHHAB 41 kali di sujud terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.



2. Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3. Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4. Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.




Sumber : Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
Kredit      : born2touchurheart.blogspot.com
              ahmadzaki.wordpress.com

No comments:

Post a Comment