Followers

Sunday, 25 November 2012

Kuih Tradisional Johor Lama


Ade sesape pernah tgk kuih ni? Haa..ni la kuih tradisional Johor Lama.
Kebetulan last 2 weeks pegi jalan-jalan area johor lama. Bwk nawfal jalan-jalan. Pegi taman buaya ngan Muzium Johor Lama. Best jgk, dekat je dari kota tinggi. Sebenarnya hari sabtu tu asben nk bawak pegi tengok Pertandingan Memancing dekat Tanjung Sedili. Bila dh sampai tempat tu, rupenya pertandingan nye hari ahad. So tak dapekla nengok ape-ape kat situ. hehe. Die org baru siap-siap nak naikkan khemah dan susun-susun barang. Ade expo jugak. Ofismate yg pegi kate barang-barang jualan kat situ murah-murah jugak.

So dari Tanjung Sedili asben terus drive ke Penawar, pegi pantai pulak. Tengok jela. Tak mandi pn. Sekarang kan musim hujan, bendera merah tu dah naik sepanjang pantai. Tapi still ramai orang yang mandi. Alahai...ape-ape jadi tangungjawab sendiri la ye. Peringatan dah diberi, tapi nak langgar jugak.

Cerita pasal kuih ni, siap akak yang buat kuih ni tanye. Taknak tau ke asal-usul kuih ni. hehee..
Akak ni ckp, kuih ni dulu buat mase tu takde penerap... Zaman dulu-dulu la katakan. Mane la ade loyang ke, tempat adun kuih ke, bekas kecik-kecik nk isi kuih ni ke, penerap ke.. seme manual kan. Pakai tangan je. Asasnya adalah, tepung, santan, gula, dan garam. Memang takde inti ape-ape ye. Kosong. Memang sedap celup ngan air milo, teh atau kopi. Kalau datang Johor Lama jgn lupa try kuih ni tau... Susah nk jumpa ni.

No comments:

Post a Comment