Followers

Thursday, 13 December 2012

Doa Rawatan Demam Panas


Demam pada anak-anak amat merungsingkan ibu bapa. Samalah seperti saya.
Berikut saya kongsikan antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk rawatan demam.




"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung padanya, Tuhan yang Maha Mulia, dari kejahatan setiap sesuatu dorongan dan hati, dan kejahatan yang datang dari kepanasan api."

dan juga letakkan tangan ke tempat sakit dan  baca Bismillah 3 kali, serta baca doa di bawah



"Aku berlindung diri dengan kebesaran Allah dan kekuasaaNya daripada kejahatan yang aku rasakan dan aku takut"

Sumber: http://mukjizatdoa.blogspot.com/2012/03/doa-rawatan-demam-panas-2.html

lain-lain:

(Al-Anbiyaa' 21:69) 
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Baca ayat ini jika suhu badan meningkat tanpa merasai sejuk.

Dipetik dari buku: DOA & PENAWAR TERPILIH: Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz

Sumber: http://khasiatquran2u.blogspot.com



Merawat anak demam

APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

- Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Sumber : Utusan


Bolehkah mandikan anak yang demam, selsema dan batuk?

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.

* Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

* Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak ada selsema.

* Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak

* Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

* Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.



kredit info dan gambar : http://darlingninie.blogspot.com/2012/04/anak-demam-rawatannya.html

Tuesday, 4 December 2012

Apakah Healing Crisis?

Healing crisis atau dalam bahasa melayu Krisis Penyembuhan adalah satu proses badan untuk membaiki atau membuang toksin dalam badan selepas kita mengambil makanan tambahan seperti Shaklee.

Untuk info lanjut, jom baca sharing dari MommyLyna tentang tajuk ni...
credit to : yana

Di samping mereka yang merasai perubahan selepas mengambil supplement natural Shaklee ini, ada juga yang merasakan tiada kesan terhadap diri mereka. Apakah benar bahawa supplement tersebut tidak sesuai dengan tubuh mereka?Tubuh kita terbina dari pelbagai bahan termasuk vitamin dan mineral. Biasanya kita mendapat bekalan vitamin dan mineral dari pemakanan dan persekitaran, misalnya vitamin C dari buah dan vitamin D dari cahaya matahari. Namun disebabkan beberapa faktor, kebanyakan vitamin dari sumber tersebut tidak dapat membekalkan keperluan tubuh kita yang secukupnya. Oleh itu kita perlu vitamin.


Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee

2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.

Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus.

Ada pelbagai jenis healing crisis yang akan dirasai oleh setiap orang. Seperti diri saya sendiri, masa awal-awal pengambil vitamin basic Shaklee iaitu Vitamin B-kompleks, Vitamin C, Vitalea dan alfalfa, saya mengalami batuk berkahak lebeih kurang 2 bulan. Selepas itu, semuanya hilang.Saya sangat gembira kerana semua toksin dan bahan-bahan berbahaya yang tersimpan dalam badan telah dikeluarkan. Alhamdulillah..

Monday, 3 December 2012

Buah Hati Pengarang Jantung


Untuk kali ke-2... ;)

Moga perjalanan ku bersama buah hati yg ke-2 ni selamat sentiasa. Ni first time preggy + kerja.
Harap-harap takde ape-ape masalah. Moga Allah sentiasa permudahkan urusanku.

HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”
Hadith Riwayat Muslim

Moga kami dibekalkan dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Aamiin...

My first son.

Mama@Ibu@Mami@Ummi@Mak