Followers

Saturday, 11 January 2014

MAKANAN & SUPPLEMENT YANG MEMBANTU MENGURANGKAN KOLESTEROL

Tubuh memerlukan kolesterol untuk berfungsi dengan baik, tetapi paras kolesterol berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung. Ia akan menjurus kepada pemendapan pada dinding arteri yang dipanggil plak.
Pemendapan yang bertambah akan menyempitkan arteri serta me­nyebabkan ia tersumbat sepenuhnya. Ini mengakibatkan darah menjadi berketul atau mengurangkan peredaran dan bekalan darah serta oksigen ke otak, jantung dan bahagian lain tubuh. 

Kolesterol baik (HDL) berfungsi untuk mengambil kolesterol jahat (HDL) dari darah dan menyerahkan kepada lipoprotein lain dan ia di angkut ke hati untuk di proses. Setelah di proses, kolesterol jahat ini akan di edarkan dan dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kolesterol jahat (LDL) pula jika berlebihan di dalam badan akan menyebabkan ia berkumpul di dinding pembuluh darah dan akan membentuk plak di sekeliling pembuluh darah tersebut.

Ini akan menyebabkan berlakunya pengerasan dan penyempitan pembuluh darah. Ia akan menganggu bekalan oksigen dan lain-lain nutrisi untuk di salurkan ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol jahat (LDL) ini amat merbahaya jika berlaku di pembuluh darah jantung koroner dan pembuluh darah di otak. Ini akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.

Walaubagaimanapun kolesterol ada kebaikannya jika ia tidak berlebihan. Antara fungsi-fungsi kolesterol adalah;

  • Sebagai sumber tenaga
  • Melindungi jaringan saraf
  • Melindungi selaput sel
  • Bahan dasar dalam pembentukan hormon steroid
  • Pelarut bagi Vitamin A, D, E dan K
  • Membantu perkembangan jaringan otak anak
Justeru, selain mengurangkan makanan berkolesterol tinggi, kolesterol sedia ada di dalam badan juga perlu dikurang­kan. 
Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:
Ikan dan omega-3 

Disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antaranya ikan tuna, tuna albacore, sardin, kembung dan hering. Sebaik-baiknya hidangan ikan disediakan dengan cara dibakar, panggang ataupun kukus. 

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah serta dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut. 


Minyak zaitun 

Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. 

Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih ba­nyak antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

Badam dan walnut 

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. 

Asid lemak tidak tepu ini membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat. Malah, sumber kekacang ini juga mengandungi kalori yang tinggi. Segeng­gam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada badan. 

Namun, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan mening­katkan risiko serangan jantung. 

Gandum dan oat. 

Oat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) daripada tubuh. 

Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama najis. Ia boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. 


Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, anda boleh: 
  • Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak tidak sihat. 

    Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya. 
  • Minum susu tanpa lemak. 
  • Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkan­nya daripada badan. 
  • Ambil makanan me­ngandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih. 
  • Hindari aktiviti merokok. 


    Antara cara untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat: 
  • Mengurangkan pe­ngambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. 
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut. 
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas. 
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar. 
  • Pengambilan lecithin boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. 
  • Senaman berterusan membantu meningkatkan kolesterol baik dan membantu menurunkan kolesterol secara menyeluruh. 
  • Elak pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol baik, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/12
  • Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
  • http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Seratbuangkolesterol/Article/index_html
  • http://izzahpermatahati.blogspot.com/2013/08/supplemen-shaklee-untuk-darah-tinggi.html
  • CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE :
  • Omegaguard - Menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan keseluruhan kolesterol
  • Vitamin E Complex - Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • Garlic - Menurunkan kolesterol 
  • Alfalfa Complex - Untuk Membuang lemak
  • Lecithin - Membakar lemak

  • HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

    HANIM MANSOR
    SID : 880410
    017-9220950
    FB PAGE: VITAMIN HATIKU
    FB PERSONAL : HANIM MANSOR

    No comments:

    Post a Comment