Followers

Sunday, 23 February 2014

BAGAIMANA NAK SUSUKAN ANAK SEPENUHNYA DENGAN SUSU IBU?


        Alhamdulillah...Naqib dan berumur 8 bulan pada 21 Februari yang lalu. Maknanya, saya dah berjaya susukan Naqib sepenuhnya dengan susu badan selama 8 bulan. Walaupun saya adalah ibu berkerjaya, tapi berkat doa dan keberkatan dari Allah s.w.t, saya berjaya sehingga hari ini. Semuanya atas keizinan Yang Maha Kuasa dan juga semangat yang tinggi dari diri saya sendiri.
         
       Sebenarnya, kuantiti susu yang dihasilkan oleh setiap ibu berbeza. Ada yang sedikit, ada yang banyak, dan ada juga yang sangat banyak sehingga dapat diberikan kepada adik-beradik yang lain. Yang penting, ibu semua faham konsep penghasilan susu ibu ini adalah; "Demand & Supply". Apakah ia? Selagi ada permintaan terhadap susu ibu, pengeluaran susu ibu akan berterusan tanpa henti, InsyaAllah. Andaikan seperti 'Production' sesebuah kilang. Jika ada permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut, sudah tentu kilang itu akan mengeluarkan produk tersebut di pasaran secukupnya mengikut permintaan.

      Semasa anak sulung saya berumur setahun 6 bulan, saya telah ditawarkan bekerja di sebuah konsultan di Johor Bahru. Jarak perjalanan saya setiap hari adalah lebih kurang 80km, selama 2 jam setengah. Ketika bulan-bulan pertama bekerja, saya berjaya membuat stok susu untuk anak sulung, Nawfal. Namun, atas beban kerja yang banyak dan kurang bersemangat untuk mengepam, saya tidak berjaya berikan susu ibu sepenuhnya kepada Nawfal. Sejak itu, saya mula campurkan sedikit demi sedikit keperluan penyusuan Nawfal dengan susu formula. 

     Pada bulan Oktober 2012, saya disahkan hamil anak kedua. Ketika itu saya mula memasang niat untuk susukan anak kedua selama 2 tahun. Bukan senang kan, jika tanpa ILMU yang cukup dan SEMANGAT JUANG yang TINGGI. Sehingga hari ini, saya sentiasa cakap kepada diri sendiri, saya, Hanim Mansor berjaya susukan Naqib sehingga umur 2 tahun. Moga Allah kabulkan permintaan saya.

Tunggu sambungan entri saya , BAGAIMANA NAK SUSUKAN ANAK SEPENUHNYA DENGAN SUSU IBU? - Bahagian 2


Wednesday, 12 February 2014

WANG ANDA: MASA untuk ANDA jadi KAYA!

Oleh Irfan Khairi

"Masa" memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.

Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca tegar Majalah Metro, ruang WANG ANDA. Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang, simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.

Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.

Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.

Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).

Pastinya anda pernah dengar istilah "yang kaya semakin kaya" bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!

Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!

Artikel ini adalah ekstrak dari Majalah Metro, Harian Metro setiap hari Jumaat- jangan lepaskan kolum bersama Irfan Khairi!

Kredit- Emizarina

Wednesday, 5 February 2014

GURU TIDAK SEDAR KANAK-KANAK YANG DIBERI SUSU IBU LEBIH BIJAK & KREATIF

Berita Harian

Selasa, 31/12/2013

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.
Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.

Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.
Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal.
Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. - AGENSI

Monday, 3 February 2014

PENERAJU MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA PADA 1915


TENTANG SHAKLEE VITA-LEA with IRON FORMULA:



                                             SHAKEE VITA-LEA ; PROMOSI FEBRUARI 2014

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*


1. PENERAJU MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA PADA 1915
2. PENAMBAHAN TENAGA - kecergasan tubuh & kekuatan mental
3. PELENGKAP NUTRISI - melengkapi kekurangan nutrisi dalam badan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang.
4. METABOLISME - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
5. ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku                                                               dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod
6. Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
7. Setiap tablet mengandungi 30 NUTRISI harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah. 12 VITAMIN dan       & 7 MINERAL PENTING sebagaimana disarankan oleh RDA.
8. Telah dipilih oleh "Centre of Science" di Amerika Syarikat sebagai "THE BEST MULTIVITAMIN" di dalam Public       Interest pada tahun 2000.


"Teringat pada bulan puasa yg lepas. Seorang kawan lama belikan untuk ibunya sebotol VITA-LEA. Selepas seminggu saya bertanya bagaimana kesihatan ibunya. Kata ibunya, badan rasa lebih bertenaga dan lebih mudah untuk bersolat tarawih."

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee pilihan anda.


WHATSAPP / PM / MSG : HANIM MANSOR 017-9220950
COD: Kota Tinggi, JB, Kuantan & POS: seluruh malaysia