Followers

Monday, 24 March 2014

Uwais al-Qarni - seorang insan yang doanya sangat makbul

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."
Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini."
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala."

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa."
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali: "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni."

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku." Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.” (HR Muslim)

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Wallahua’lam....


credit :  FB Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

Sunday, 23 March 2014

Apa yang best mengenai ESP - Distributor Shaklee Kota Tinggi

PROTEIN..kehangatannya sangat terasa sempena bulan promosi Energy Soy Protein Mac ini.

ESP ni paling terkenal di kalangan ibu menyusu kerana khasiat dlm kandungannya membantu ramai ibu dengan memekatkan susu ibu itu sendiri serta menjadikan anak yang menyusu dengan susu ibu lebih kenyang. Saya sendiri telah melihat betapa berbezanya apabila susu ibu yang cair diberikan kepada anak, anak nampak tak kenyang, cepat terjaga bila tidur dan menangis mahu menyusu lagi dalam masa sejam. Disinilah pentingnya seorang ibu yang menyusu menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan secukupnya bagi memastikan keperluan dan susu ibu yang sangat berkualiti untuk anak masing-masing. Sebab tu ayat "makan byk sikit, awk tu menyusu" sudah terbiasa di kalangan ibu-ibu. Betul kan? Tak salah membelanjakan lebih sedikit untuk anak-anak. Yang penting, mereka membesar dengan sihat dan tumbesaran yang normal dan positif seperti graf tumbesaran yang terdapat dlm buku anak tu kan.

Bagi saya sendiri, saya mengamalkan minum ESP setiap awal pagi sblm bersarapan dan sebelum tidur. Bukan sahaja dapat memekatkan susu, malah saya dapati ESP ini juga membantu membanyakkan susu ibu dan memberikan tenaga pada saya yang seharian berulang alik dari kota tinggi ke johor bahru.

Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba Shaklee ESP ini, boleh menghubungi saya.
Hanim Mansor
017-9220950
COD Kota Tinggi , Bandar Uda Utama & Perling

Monday, 10 March 2014

PROMOSI ESP ENERGY SOY PROTEIN SHAKLEE COD KOTA TINGGI

WANITA DAN ISOFLAVON

Kesihatan wanita banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen. Paras estrogen yang menurun semasa menopaus, menyebabkan kaum  wanita mengalami "hot flashes", perubahan mood, kekeringan faraj dan osteoporosis. Isoflavon mempunyai pengaruh ke atas kesihatan wanita semasa menopaus bahkan sebelum dan semasa tahun melahirkan, atau tempoh pra-menopaus. Satu kajian menunjukkan bahawa daripada 1172 wanita yang mengambil bahagian dalam satu kajian selama 6 tahun, kadar histerektomi adalah paling rendah di kalangan wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi soya. Kajian ini menunjukkan bahawa memakan makanan soya, yang mengandungi isoflavon, seolah-olah mengurangkan risiko fibroid dan endometriosis.


KELEBIHAN ENERGY SOY PROTEIN KEPADA IBU  & SAYA:

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Isoflavon dan Soya

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavon, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

#PROMOTION MAC 2014 
SHAKLEE ENERGY SOY PROTEIN 

BELI 6 TIN ESP (share dengan kwn-kwn, jiran tetangga, adik beradik, ibu ayah)

1. PERCUMA 1 TIN ESP BERNILAI RM150
2. PERCUMA PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE BERNILAI RM65
3. BONUS BULAN BERIKUTNYA DIMASUKKAN TERUS KE AKAUN BANK ANDA BERNILAI +-RM35
4. BERPELUANG MENJANA 3-4-5 ANGKA SEBULAN
5. PERCUMA TIPS-TIPS KEJAYAAN DALAM SHAKLEE

Hubungi saya:

Hanim Mansor
Whatsapp/SMS/Call : 017-9220950
Your Shaklee Independant Distributor
COD : KOTA TINGGI, SEDILI, ULU TIRAM, BANDAR UDA UTAMA, NUSA BESTARI, PERLING DAN SEKITARNYA.



Sunday, 9 March 2014

KENAPA PITAM?

Saya baru sahaja di tanya oleh seorang kawan di whatsapp yang mencari suplimen untuk dirinya yang mudah pitam dan kurang selera makan. Teringat saya ketika zaman persekolahan dulu. Memang ramai dikalangan pelajar-pelajar perempuan yang pitam lebih-lebih lagi sewaktu perhimpunan pagi. 

Apakah penyebab keadaan ini berlaku? Banyak sebab yang membawa kepada pitam ini. Jom kita baca huraian mengenainya daripada seorang doktor yang tidak asing lagi iaitu Dr. Zubaidi Hj Ahmad.

Apa yang menyebabkan pitam?
Pitam adalah suatu fenomena biasa di kalangan remaja dan wanita muda. Dalam kebanyakan kes, ia bukanlah sesuatu yang serius. Tiada rawatan spesifik diperlukan. Ia dikenali sebagai syncope di kalangan masyarakat perubatan.
Syncope adalah istilah perubatan untuk pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap tetapi boleh menjadi pengsan (tidak sedarkan diri,  loss of consciousness) disebabkan oleh peredaran darah dan bekalan oksigen yang tidak cukup di otak. Ia didahului dengan tanda-tanda seperti pening, kulit menjadi sejuk, pandangan berkabur atau terasa lemah seluruh badan.
Sebelum seseorang itu pitam, berlaku perubahan dalam keseimbangan saraf dan peredaran darah, menyebabkan jumlah darah yang mengalir ke otak berkurangan. Selepas itu beliau kehilangan perimbangan badan dan jatuh.
Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan pesakit itu akan sedar selepas beberapa minit.
Maka jika seseorang pitam atau pengsan, jangan cuba dudukkan pesakit. Jangan alaskan kepala pesakit dengan bantal. Ini menyebabkan aras kepala lebih tinggi dari jantung. Pengaliran darah ke otak akan perlahan, dan pesakit tidak pulih dari pitam atau pengsannya.
Di antara sebab-sebab  seseorang itu menjadi pitam ialah :
1. Keadaan sekeliling
Keadaan sekeliling amat mempengaruhi sistem pengaliran darah dan sistem saraf bagi seorang remaja wanita. Ramai remaja wanita pitam namun, ia bukan masalah kesihatan yang serius.
Keadaan yang mendesak seperti berada di tempat yang terlalu padat, melakukan senaman fizikal yang berat, terlalu lapar, terlalu haus, atau berdiri lama di tengah panas terik boleh menyebabkan  mereka pitam dan pengsan. Begitu juga jika mereka bangun dari keadaan duduk atau baring terlalu cepat.
Keadaan sebegini disebabkan di dalam tubuh kita terdapat sistem vasovagal yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah. Apabila ia terganggu, ia menyebabkan keadaan pitam atau syncope.
Vasovagal syncope disebabkan oleh tekanan emosi, terlalu takut, dimalukan di khalayak, atau merasa tidak selesa di perhimpunan ramai. Emosi yang bercelaru ini menyebabkan sistem saraf akan menghalang darah ke otak, lalu menyebabkan pitam.
Hypoxic syncope berlaku akibat kekurangan oksigen (hypoxia) iaitu apabila udara mengandungi kurang dari 16% oksigen. (Kurang dari  11% boleh menyebabkan rasa susah bernafas (suffocation) dan kematian).
Sama ada otak kita kekurangan oksigen atau pengaliran darah ke otak tidak mencukupi, tubuh akan menerima ‘signal’ agar sesuatu harus dilakukan.
Tubuh akan bertindakbalas dengan mengecutkan saluran darah ke bahagian tubuh yang kurang penting, supaya darah dapat dihantar ke bahagian otak bagi membekalkan oksigen.
Penghantaran darah dipercepatkan untuk mempercepatkan degupan jantung (tachycardia). Kadar pernafasan juga dipercepatkan bagi meningkatkan tahap kandungan oksigen.
Proses ini akan menyebabkan kulit pesakit berwarna pucat, bernafas dengan laju, loya dan muntah, dan lemah anggota terutamanya kaki. Jika tidak terkawal ia akan menyebabkan pitam.
2.Hyperventilation.
Individu yang berada dalam keadaan hyperventilation biasanya akan menarik nafas pendek tetapi dengan kadar laju. Tujuannnya adalah untuk menampung kepekatan oksigen yang kurang. Ia juga menyebabkan kepekatan carbon dioxide (CO2) di dalam darah menurun secara mendadak dan mengakibatkan pitam.
Keadaan ini berlaku di kalangan orang yang terperanjat, terlalu stress atau mengalami masalah keresahan (anxiety disorders). Saya pernah menerima seorang eksekutif wanita yang pitam kerana dimarahi oleh pegawai atasannya. Beliau tidak dapat menahan rasa terperanjat, malu dan marah di khalayak lalu pitam.
3.Kekurangan gula dalam darah.
Otak memerlukan bekalan gula yang berterusan untuk berfungsi 24 jam tanpa berhenti. Kekurangan gula berlaku pada mangsa bencana alam yang tidak mendapat bekalan makanan untuk beberapa hari. Mereka yang terlalu menjaga pemakanan dengan ketat juga mengalami masalah serupa.
Seorang pesakit mengadu selalu sakit kepala dan badannya lemah. Dia pernah beberapa kali pitam di pejabat. Bila saya periksa, saya dapati kandungan gulanya terlalu rendah. Alasannya untuk menjaga berat badan kerana majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi.
Kandungan gula sebanyak 3.5mmol/ml menyebabkan pesakit mula berasa pitam manakala bacaan GM 2.0mmol/ml pasti menyebabkan seseorang itu pitam.
3.Anemia.
Anemia berlaku apabila pesakit mempunyai kurang bilangan sel darah merah. Sel-sel ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan otak. Biasanya anemia berlaku pada gadis yang mengalami pendarahan haids yang banyak.
4.Kehamilan.
Bagi wanita muda yang hamil, tubuh mereka mengalami beberapa perubahan dalam sistem peredaran darah. Darah mereka di’kongsi’ dengan bayi yang di dalam rahemnya.
Rahem yang membesar menekan saluran darah besar aorta dan inferior vena cava yang menyalurkan darah semula ke jantung dan ke otak.
Seorang gadis berusia 18 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana pengsan di dapur rumah. Beliau juga kelihatan selalu penat. Ujian air kencing untuk kehamilannya positif. Ibunya pula yang pitam akibat terkejut menerima berita itu.
5.Masalah Jantung.
Masalah jantung di kalangan remaja jarang diketahui sehingga mereka melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Antara masalah jantung ialah degupan jantung yang tidak seragam (irregular rhythm) dan kebocoran kecil pada dinding tengah jantung (Septal Defect). Jika remaja atau wanita muda pitam setelah melakukan aktiviti senaman yang berat, mereka perlu dihantar untuk pemeriksaan.

Bagaimana mengurangkan kemungkinan untuk pitam?

Sesetengah remaja merasa pening kepala sebelum terjadinya pitam. Pening kepala harus dibezakan dari sakit kepala. Pening kepala bermakna pesakit merasakan seluruh benda yang berada di sekitarnya berpusing laju mengelilinginya. Sementara sakit kepala biasanya merasakan kesakitan di dalam kepala. Selain itu pesakit berasa pandangan berkabur atau terus gelap. Ada yang berasa loya dan muntah. Jantung pula berdegup laju dan sukar untuk bernafas.
Jika ada tanda-tanda begitu, pesakit ini perlu segera berbaring. Ini akan menyebabkan darah yang beredar ke otak menjadi normal. Kemudian barulah perlahan-lahan cuba posisi duduk. Apabila tidak ada masalah, baru;ah dibolehkan berdiri.
Minumlah air secukupnya untuk mengurangkan dehidrasi terutama apabila kehilangan air yang banyak melalui peluh akibat bersenam, melakukan aktiviti fizikal atau ketika di cuaca panas. Elakkan suasana yang terlalu panas, padat dan merimaskan.
Jika terpaksa duduk atau berdiri terlalu lama, sesekali buatlah exercise stretching regangan dengan cara meluruskan kaki atau menyilangkan kaki. Ini membantu peredaran darah yang sempurna ke otak dan jantung.

Apa yang perlu dibuat?

Jika pitam berlaku buat pertama kali dan puncanya jelas (eg berada di kawasan yang sesak, panas atau kekurangan gula dalam badan), selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun jika berlaku berulangkali, pesakit seharusnya berjumpa doktor dan menjalani beberapa pemeriksaan.
Selepas kejadian itu, beritahu doktor sama ada pesakit mengalami apa-apa kecederaan. Mungkin kepalanya terhantuk di meja semasa pitam atau tangannya luka akibat serpihan kaca. Pitam yang terjadi bersama dengan sakit dada, susah bernafas dan jantung berdegup kencang, memerlukan pemeriksaan yang lebih rapi.

Apa yang akan dilakukan oleh doktor?

Pitam selalunya tidak berkaitan dengan masalah kesihatan yang serius di kalangan remaja atau wanita muda. Doktor yang memeriksa biasanya hanya melakukan beberapa pemeriksaan ringkas di samping bertanyakan beberapa soalan saja.
Ada baiknya doktor menguji tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan melakukan ujian full blood picture. Untuk ini, sedikit darah akan diambil dan dihantar ke makmal.
Pemeriksaan full blood count akan memeriksa tahap hemoglobin  dan mengira jumlah sel darah merah seseorang. 5% pesakit yang pitam disebabkan oleh kekurangan sel darah merah.
Beberapa ujian lain boleh dilakukan bergantung kepada diffential diagnosis yang doktor fikirkan, antaranya ECG. ECG boleh membantu doktor untuk mendiagnosa masalah jantung seperti atrial fibrillation, heart block, atau serangan sakit jantung sama ada baru atau lama. Seramai 20%-30% pesakit yang pitam mengalami ECG yang tidak normal.
Rawatan bagi pitam bergantung punca pitam, iaitu penyakit yang menyebabkan pitam. Tiada ubat atau rawatan khusus.

Membantu rakan yang pitam

Bayangkan kita sedang bekerja dan mendapati seorang rakan kita tiba-tiba jatuh dan pengsan. Apa yang perlu kita lakukan?
Pastikan dia berada dalam keadaan berbaring lurus di atas lantai. Jika dia tercedera, jangan alihkan. Kecederaan tulang belakang (spinal injury) akan lebih mudharat jika digerakkan tanpa cara yang betul.
Longgarkan pakaian, tali pinggang, kolar atau tali leher. Ini membantu peredaran darah dan memudahkan dia bernafas. Alaskan kaki dan peha menggunakan selimut agar ia lebih tinggi dari aras jantung.
Pesakit biasanya akan sedar selepas beberapa minit. Jika masih berasa lemah untuk bangun, benarkan dia berbaring untuk beberapa minit lagi agar dia benar-benar pulih dari pitamnya. Jika pesakit itu terus pengsan dan tidak sedarkan diri langsung, bawalah dia ke hospital dengan seberapa segera.
Wa allahu a’lam
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)