Followers

Wednesday, 18 June 2014

Distributor Shaklee di Taman Kota Jaya Kota Tinggi Johor

Assalamualaikum wm. wb.

Kepada pengguna-pengguna yang memerlukan produk Shaklee di sekitar TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR atau BANDAR KOTA TINGGI, bolehla menelefon saya HANIM MANSOR 017-922 0950 untuk mendapatkan suplimen yang diperlukan untuk kesihatan anda. Jangan segan-segan, saya sedia membantu dan menjawab segala pertanyaan anda InsyaAllah.

JOM KENALI SHAKLEE

Shaklee Malaysia

Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.


www.facebook.com/hanim.mansor
www.facebook.com/vitamin.hatiku

Sunday, 15 June 2014

Bila Hidup Bertuhan ~ Manisnya Tawakal dan Sabar ~ First time naik bas

Alhamdulillah...bila teringat perjalanan ku pulang ke Kota Tinggi, Johor pada hari Sabtu lepas, rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t di atas segala kemudahan yang diberikan.
Perjalanan tersebut merupakan perjalanan pertama kali bersama anak-anak, Nawfal 3 tahun dan Naqib setahun. Seingat aku kali terakhir aku menaiki bas sewaktu zaman bujang dulu, adalah lebih kurang 5 tahun yang lepas agaknya.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Kuantan ke Kota Tinggi. Nawfal lah yang paling teruja di dalam bas. Masa mula-mula duduk dalam bas, senyap je. Pengalaman pertamala katakan. Apa yang difikirkan pun tak tahu. hehe. Dan rasanya ditambah dengan mengantuk. Dalam perjalanan nak sampai ke Pekan, aku membuka plastik roti yang dibekalkan mok. Diminta oleh nawfal sewaktu aboh membawanya ke kedai. Aku suapkan sikit-sikit ke dalam mulut Nawfal dan Adik Naqib. Masa tu aku tengok mata nawfal memang dan agak berat. Habis je aku suap roti tu, tengok-tengok nawfal dah tertido. hehe

Adik Naqib pulak masih nak makan. Kubuka pula donut dan suap ke mulutnya. Sedikit sahaja kemudian mula merengek nak susu. Tak lama kemudian adik naqib pun tertidur juga.

Sampai di Rompin, bas berhenti menurun dan mengambil penumpang. Terus kedua-dua terjaga. Bila dah terjaga, mulalah macam-macam cerita dari Nawfal. Tegur kucing berlari, kucing tidur. Pastu cakap maktok kene tinggal. Baru teringat kat maktoknya...(smlm pun mase dlm keta lps ambik dari rumah bbsitter, Nawfal tegur kereta macam aki die, bwk laju. lepas tu tanya aki, lepas tu die sendiri yang jawab cakap nanti aki balik.hehe..Blk mane Nawfal? Nanti aki datanglah ;) )

Kemudian bas berhenti rehat setengah jam di Restoran Nusantara Rompin. Aku turun bawak Nawfal dan Naqib ke kedai runcit di restoran tersebut untuk beli sedikit biskut dan air kotak. Biasela tu, bila kat kedai runcit, jumpa macam-macam mainan. Belikan la satu mainan untuk Nawfal. Lampu picit boleh tukar-tukar gambar kereta. Ni pun tau bila dah sampai rumah malam tu. Sebab mase kat Restoran tu on lampu tu bukan nampak ape. Siang lagi. Nampak cahaya kecik je. Taktau pun mase tu ade gambar-gambar colorful kereta. Bagus jugak lampu tu.

Sepanjang perjalanan dari rompin ke kota tinggi Nawfal tak tidur. Tengok kat luar bas. Macam-macam yang diperkatakan. Kadang-kadang berdiri, kadang-kadang duduk. Kadang berborak, kadang senyap je... Mase ni memang macam terharu sangat rasa sebab macam nak bagitau, bagus Nawfal pandai bawak diri. hehee

Adik Naqib tidur selepas dari Mersing. Dah ngantuk sangat la tu. Makan tak berhenti-henti. Roti, donut, biskut..seme berselera. Takpela dik...asal tak meragam dalam bas tu dah bagus sangat kan. Syukur Alhamdulillah. Sebelum bertolak, Mami memang percaya perjalanan kita akan dimudahkan oleh Allah dan anak-anak Mami boleh jaga diri elok-elok sepanjang perjalanan kan. Syukur..

Takde gambar sempat ambik sepanjang perjalanan sebab kamera handphone tak boleh guna waktu ni.



www.facebook.com/hanim.mansor
www.facebook.com/vitamin.hatiku





Tuesday, 3 June 2014

PENYUSUAN SUSU IBU

BAGAIMANA HENDAK MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU?

1. Pastikan PELEKAPAN DAN POSISI semasa penyusuan adalah betul.

2. Beri penyusuan SEKERAP MUNGKIN terutama pada waktu malam.

3. Ibu digalakkan LEBIH MINUM AIR (samada air kosong, susu atau jus).

4. Amalkan DIET YANG SEIMBANG berdasarkan piramid makanan Malaysia.

5. ELAK daripada menggunkan puting tiruan dan susu formula.

6. REHAT dan tidur secukupnya.

7. BERTENANG & kurangkan tekanan.

8. Dapatkan NASIHAT KAUNSELOR LAKTASI di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kota Tinggi