Followers

Friday, 7 November 2014

Distributor INDERA MAHKOTA & KOTA TINGGI : PETUA MENDAPATKAN ZURIAT PEREMPUAN

Hari ni masuk hari ke 4 berpantang dan umur Zulaikha juga 4 hari. Seperti Nawfal dan Naqib, berpantang anak ke 3 juga di rumah orang tua di Indera Mahkota.

Hari ni juga saya mula berurut dengan tukang urut yg biase saya ambil mase berpantang. Lebih kurang sejam lebih juga berurut tadi. Lega rasa badan lepas berurut. Syok betul. Sambil mengurut, tukang urut bagi tips macam-macam. Terutama tentang rumahtangga. Inilah keistimewaan bila berurut dengan tukang urut yang berpengalaman. Tukang urut ni menggelarkan dirinya Mama. Dari berurut satu badan, pakaikan bengkung dan ikatkan rambut mama akan buat. Untuk 3 hari. Pemakaian bengkung yang kemas dan berpanjangan sepanjang berpantang sangat dititik beratkan oleh mama. Katanya dengan bengkung ni lah nanti badan kita akan terjaga dengan baik. Inilah pesanannya setiap kali datang mengurut dari anak pertama saya lagi.

Selain itu, satu petua yang saya nak kongsikan dengan rakan pembaca semua.. macam mana nak dapatkan anak perempuan. Haaa...ni mesti sgt menarik perhatian ibubapa yang masih belum dapat baby girl lagi kan. Walaupun anak ke 3 saya ni girl..tapi saya tetap nak kongsikan petua ni.

Kita boleh cuba dan jangan lupa diiringi doa kepada Allah. USAHA DOA TAWAQAL.. insyaAllah.

Kata mama..untuk dapatkan baby girl.. waktu yang sesuai untuk bersama suami isteri adalah diluar waktu subur dan ketika tahap keinginan suami kurang. Itulah petua yang dikongsikan. Kata Mama...bagitaulah kepada kawan-kawan yang masih belum ada anak perempuan.


No comments:

Post a Comment