Followers

Info

Pengeluaran susu perahan tak sama antara kedua-dua breast

Adalah agak normal untuk mendapat kuantiti susu yang berbeza antara payudara kanan dan kiri. Ada pelbagai sebab keadaan ini berlaku:
1. Kemungkinan kebiasaan rangsangan penyusuan diberikan lebih terhadap hanya sebelah payudara sahaja. Contohnya, bayi mempunyai kecenderungan untuk menyusu sebelah sahaja (atau lebih banyak sebelah sahaja). Ini boleh menyebabkan, refleks memberitahu pengeluaran harus banyak untuk bahagian yang diberi rangsangan sahaja.
2. Kemungkinan memang jumlah duktus pengeluaran susu berbeza antara kedua belah. Jadi sebelah yang mempunyai banyak duktus boleh mengeluarkan lebih susu berbanding yang sebelah lagi.
3. Kemungkinan perbezaan ini hanyalah sementara sahaja bergantung kepada emosi semasa ibu yang sedang memerah. Jika ini berlaku, cuba ubah-ubahkan giliran perahan, contohnya pada perahan pertama, mulakan dengan payudara kanan, dan pada sessi perahan seterusnya mulakan dengan sebelah kiri pula. Ini boleh membantu menyeimbangkan semula pengeluaran susu.

Apapun, jangan terlalu bimbang dan teruskan penyusuan!

www.SusuIbu.com

No comments:

Post a Comment